Selasa, 26 Mac 2013

PENGKOMPUTERAN AWAN " CLOUD COMPUTING"





Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan"). Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi memerlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun tindakan mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka.]


Infrastruktur Cloud computing

Cloud Computing juga membawa maksud 'komputer awan' atau juga lebih dikenali sebagai 'pengkomputeran awam'. Perkhidmatan ini terbahagi kepada 3:



1. Infrastruktur as a servis (IaaS)

                 Menyediakan perkhidmatan virtal server instance (API) untuk akses/configurasi virtual server dan storage masing-masing. Pada masa ini, setiap syarikat yang melanggan hanya perlu membayar apa yang mereka guna sahaja.


2. Platform as a service (PaaS)


                  Boleh didefinasikan sebagai satu alat pembangunan perisian yang dihoskan oleh mana - mana pembekal infrastruktur. Pembangunan aplikasi ini dilakukan melalui internet. Contohnya seperti Goggle Apps, Force.com dan Salesforce.com.


3. Software as a service (SaaS)

               Saas merupakan pasaran yang sangat luas di mana pihak vendor akan membekalkan hardware infrastruktur, produk perisian dan akan berhubung dengan pengguna melalui Front-End- Portal. Contohnya seperti Web based email, inventory control dan database processing.

         Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.


         Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:



        Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.



       Selain itu, pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatan (service) dan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dsb) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.



Rajah bagi pengkomputeran awan boleh diterjemahkan di dalam rajah di bawah:-






Terdapat 2+1 jenis awan (cloud):



Public Cloud

Dijual kepada sesiapa melalui internet. Pada masa ini, Amazon Web Services adalah pembekal public cloud terbesar di dunia.



Private Cloud

Merupakan satu rangkaian data center yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti yang terhad.




Virtual Private Cloud

Merupakan public cloud yang diwujudkan untuk kegunaan peribadi.


Contoh Teknologi Awam Cloud Computing


           Satu lagi contoh teknologi cloud iaitu dropBox. DropBox merupakan kombinasi berbagi file dan melakukan perhubungan rangkaian dengan gadget lain. Contohnya apabila kita menggunakan Windows, Mac OSX, Android, ataupun device yang lain, kita boleh mendapatkan berbagai file melalui DropBox. Paling mudah adalah perhubungan rangkaian secara automatik atau kita memasukan kedalam fail orang lain. Contohnya, saya memiliki project mini games yang bernama War target games. Folder War target games tersebut saya share menggunakan DropBox ke programmer, designer, composer, dan lain-lain. Sekiranya ada yang menambahkan file baru ke dalam folder tersebut di komputer miliknya, saya akan menerima file tersebut ke dalam komputer milik saya secara automatik. Oleh karena itu, DropBox pada masa ini menjadi tools yang sangat penting untuk proses development shearing maklumat terkini melalui alam maya.


Kelebihan Cloud Computing
1) Dapat berkongsi data dengan pengguna lain.
2) Mengurangkan beban membawa peralatan seperti External hardisk atau pendrive.
3) Memudahkan akses perolehan data di mana sahaja.

Kelemahan Cloud Computing

1) Data peribadi mudah diakses oleh pengguna lain.
2) Tidak boleh memperolehi data jika tidak mempunyai talian internet.3) Saiz penyimpanan data yang terhad.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan