Selasa, 26 Mac 2013

ISKANDAR MALAYSIA : PUSAT PERKEMBANGAN EKONOMI MASA HADAPAN



Pada tanggal 30 Januari 2013 yang lalu, seramai 30 orang peserta program bridging 2013 telah mengadakan lawatan ke IRDA (Iskandar Regional Development Authority).

Kami bertolak pada jam 2p.m dari Pusat Latihan Universiti Teknologi Malaysia. IRDA yang terletak di danga bay convention centre menempatkan pelbagai informasi berkaitan pembangunan yang melibatkan kawasan selatan tanah air.


Kami telah disambut dengan ceria oleh kakitangan IRDA dan terus dibawa ke dewan seminar IRDA untuk mendengar taklimat dan penerangan oleh kakitangan IRDA. Penerangan yang diberikan sebahagian besar menyentuh mengenai fungsi dan skop ekonomi serta potensi pelaburan yang ditawarkan.


Dengan keluasan 2,217 km persegi, Iskandar Malaysia adalah satu projek pembangunan yang besar melangkaui tempoh masa 20 tahun. Secara geografinya, Iskandar Malaysia meliputi daerah Johor Bahru dan beberapa daerah kecil sekitar Pontian. Seluruh kawasan ini dibahagikan kepada lima nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia telah mula membangunkan lima koridor ekonomi bagi menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang dan mempercepat pertumbuhan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Iskandar Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) adalah salah satu koridor ekonomi yang diwujudkan.

Pembangunan Iskandar Malaysia dikemudi oleh tiga tunggak utama atau teras, dikenali sebagai pembangunan bangsa, pertumbuhan dan penciptaan nilai serta pengagihan adil dan saksama pemegang saham. Asas-asas ini memastikan pembangunan yang konsisten dengan pelan dan aspirasi kerajaan baik di peringkat negeri mahupun nasional, dan pada masa yang sama mempengaruhi proses pembentukan dan pembinaan bangsa. Turut ditekankan, pertumbuhan, produktiviti dan penciptaan nilai sejajar dengan arus globalisasi dan persaingan yang sengit.
Apa yang paling penting, pembangunan Iskandar Malaysia mestilah selaras dengan prinsip-prinsip pertumbuhan dan ekuiti, bagi memastikan penduduk tempatan dan Bumiputera khususnya mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi dan kemajuan secara proaktif.
Selepas sesi penerangan selesai, kami di bawa ke bahagian pameran yang menempatkan pelbagai informasi lanjutan mengenai kawasan pertumbuhan ekonomi Iskandar. Apa yang menariknya, informasi yang dipamerkan disini adalah menggunakan teknologi yang terkini. Antara permainan interaktif yg disediakan termasuklah seperti gambar dibawah :-


Teknik penggunaan skrin besar

Teknologi skrin sesentuh

Penerangan mengenai pelaburan dipaparkan pada dinding


Permainan yang menggunakan teknologi 'Body motion'


Menyusuri Sungai Pulai Sambil Melihat Keunikan Flora dan Fauna dengan Teknologi Skrin dan Motion seolah-olah menaiki bot yang sedang bergerak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan