Selasa, 26 Mac 2013

Muhasabah Diri




Salam Semua,

Blog ini dibangunkan untuk tugasan IT Kursus Bridging Tahap 1 Sesi 2. Moga boleh juga di manfaatkan kepada pembaca dan pengunjung blog saya.

Anisham Hj. Mohd Dom
Pembantu Makmal
Makmal Senibina Landskap
Fakulti Alam Bina
UTM

Hubungi saya:
anisham@utm.my
07-5537460/ext 37460/011-11949817


____________________________________________________________________

Tugasan
1. Laporan lawatan skandar Malaysia Information Centre - blog
2. Teknologi Cloud Computing - blog
3. Etika Profesional di Alam Maya - Slide, dihantar dalam dropbox


Projek
- Hasilkan satu blog profesional untuk perkara-perkara berikut:
1. Laporan Lawatan ke Iskandar Malaysia Information Centre, Danga Bay, Johor Bahru
2. Teknologi Cloud Computing
3. Link kepada slide tentang Etika Profesional di Alam Maya dari Dropbox.
4. Laporan ringkas (log) bagi setiap matapelajaran yang terlibat dalam program bagi siri kali ini.


Blog anda mestilah mengandungi perkara berikut:
1. Maklumat anda - nama penuh dan organisasi
2. Gambar-gambar dan video berkaitan
3. Link kepada - UTM, Fakulti, Makmal anda, halaman web saya http://gmm.cs.utm.my/~shah dan pensyarah lain.
4. Link kepada mana-mana website berkaitan di UTM dan juga dari luar

ISKANDAR MALAYSIA : PUSAT PERKEMBANGAN EKONOMI MASA HADAPAN



Pada tanggal 30 Januari 2013 yang lalu, seramai 30 orang peserta program bridging 2013 telah mengadakan lawatan ke IRDA (Iskandar Regional Development Authority).

Kami bertolak pada jam 2p.m dari Pusat Latihan Universiti Teknologi Malaysia. IRDA yang terletak di danga bay convention centre menempatkan pelbagai informasi berkaitan pembangunan yang melibatkan kawasan selatan tanah air.


Kami telah disambut dengan ceria oleh kakitangan IRDA dan terus dibawa ke dewan seminar IRDA untuk mendengar taklimat dan penerangan oleh kakitangan IRDA. Penerangan yang diberikan sebahagian besar menyentuh mengenai fungsi dan skop ekonomi serta potensi pelaburan yang ditawarkan.


Dengan keluasan 2,217 km persegi, Iskandar Malaysia adalah satu projek pembangunan yang besar melangkaui tempoh masa 20 tahun. Secara geografinya, Iskandar Malaysia meliputi daerah Johor Bahru dan beberapa daerah kecil sekitar Pontian. Seluruh kawasan ini dibahagikan kepada lima nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia telah mula membangunkan lima koridor ekonomi bagi menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang dan mempercepat pertumbuhan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Iskandar Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) adalah salah satu koridor ekonomi yang diwujudkan.

Pembangunan Iskandar Malaysia dikemudi oleh tiga tunggak utama atau teras, dikenali sebagai pembangunan bangsa, pertumbuhan dan penciptaan nilai serta pengagihan adil dan saksama pemegang saham. Asas-asas ini memastikan pembangunan yang konsisten dengan pelan dan aspirasi kerajaan baik di peringkat negeri mahupun nasional, dan pada masa yang sama mempengaruhi proses pembentukan dan pembinaan bangsa. Turut ditekankan, pertumbuhan, produktiviti dan penciptaan nilai sejajar dengan arus globalisasi dan persaingan yang sengit.
Apa yang paling penting, pembangunan Iskandar Malaysia mestilah selaras dengan prinsip-prinsip pertumbuhan dan ekuiti, bagi memastikan penduduk tempatan dan Bumiputera khususnya mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi dan kemajuan secara proaktif.
Selepas sesi penerangan selesai, kami di bawa ke bahagian pameran yang menempatkan pelbagai informasi lanjutan mengenai kawasan pertumbuhan ekonomi Iskandar. Apa yang menariknya, informasi yang dipamerkan disini adalah menggunakan teknologi yang terkini. Antara permainan interaktif yg disediakan termasuklah seperti gambar dibawah :-


Teknik penggunaan skrin besar

Teknologi skrin sesentuh

Penerangan mengenai pelaburan dipaparkan pada dinding


Permainan yang menggunakan teknologi 'Body motion'


Menyusuri Sungai Pulai Sambil Melihat Keunikan Flora dan Fauna dengan Teknologi Skrin dan Motion seolah-olah menaiki bot yang sedang bergerak

PENGKOMPUTERAN AWAN " CLOUD COMPUTING"





Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan"). Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi memerlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun tindakan mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka.]


Infrastruktur Cloud computing

Cloud Computing juga membawa maksud 'komputer awan' atau juga lebih dikenali sebagai 'pengkomputeran awam'. Perkhidmatan ini terbahagi kepada 3:



1. Infrastruktur as a servis (IaaS)

                 Menyediakan perkhidmatan virtal server instance (API) untuk akses/configurasi virtual server dan storage masing-masing. Pada masa ini, setiap syarikat yang melanggan hanya perlu membayar apa yang mereka guna sahaja.


2. Platform as a service (PaaS)


                  Boleh didefinasikan sebagai satu alat pembangunan perisian yang dihoskan oleh mana - mana pembekal infrastruktur. Pembangunan aplikasi ini dilakukan melalui internet. Contohnya seperti Goggle Apps, Force.com dan Salesforce.com.


3. Software as a service (SaaS)

               Saas merupakan pasaran yang sangat luas di mana pihak vendor akan membekalkan hardware infrastruktur, produk perisian dan akan berhubung dengan pengguna melalui Front-End- Portal. Contohnya seperti Web based email, inventory control dan database processing.

         Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.


         Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:



        Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.



       Selain itu, pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatan (service) dan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dsb) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.



Rajah bagi pengkomputeran awan boleh diterjemahkan di dalam rajah di bawah:-






Terdapat 2+1 jenis awan (cloud):



Public Cloud

Dijual kepada sesiapa melalui internet. Pada masa ini, Amazon Web Services adalah pembekal public cloud terbesar di dunia.



Private Cloud

Merupakan satu rangkaian data center yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti yang terhad.




Virtual Private Cloud

Merupakan public cloud yang diwujudkan untuk kegunaan peribadi.


Contoh Teknologi Awam Cloud Computing


           Satu lagi contoh teknologi cloud iaitu dropBox. DropBox merupakan kombinasi berbagi file dan melakukan perhubungan rangkaian dengan gadget lain. Contohnya apabila kita menggunakan Windows, Mac OSX, Android, ataupun device yang lain, kita boleh mendapatkan berbagai file melalui DropBox. Paling mudah adalah perhubungan rangkaian secara automatik atau kita memasukan kedalam fail orang lain. Contohnya, saya memiliki project mini games yang bernama War target games. Folder War target games tersebut saya share menggunakan DropBox ke programmer, designer, composer, dan lain-lain. Sekiranya ada yang menambahkan file baru ke dalam folder tersebut di komputer miliknya, saya akan menerima file tersebut ke dalam komputer milik saya secara automatik. Oleh karena itu, DropBox pada masa ini menjadi tools yang sangat penting untuk proses development shearing maklumat terkini melalui alam maya.


Kelebihan Cloud Computing
1) Dapat berkongsi data dengan pengguna lain.
2) Mengurangkan beban membawa peralatan seperti External hardisk atau pendrive.
3) Memudahkan akses perolehan data di mana sahaja.

Kelemahan Cloud Computing

1) Data peribadi mudah diakses oleh pengguna lain.
2) Tidak boleh memperolehi data jika tidak mempunyai talian internet.3) Saiz penyimpanan data yang terhad.






Etika Profesional Di Alam Maya

Berikut adalah link slide Etika Profesional di Alam Maya dari Dropbox





LAPORAN RINGKAS (LOG) KURSUS BRIDGING SESI 2 TAHAP 1







Kod Matapelajaran  : E0002
Matapelajaran           : Geologi
Nama Pensyarah     : PM Dr. Radzuan Bin Junin






Sinopsis :


               Geologi mengetengahkan tentang konsep batuan, mineral dan fosil. Ia juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan gilapan mineral bijih serta arang batu.



Jam pertemuan/topik pembelajaran

Pertemuan kelas
Masa
Topik Pembelajaran
5 X
20 Jam
Pengenalan tentang tajuk Sedimentologi dan Stratigrafi
              -     Apa itu luluhawa Luluhawa
-          Proses berlaku dan faktor-faktor alam sekitar
-          Jenis luluhawa
-          Apa itu luluhawa mekanikal dan luluhawa kimia
-          Proses dan tindakbalas berkaitan kejadian berlaku
                -      Pengenalan tentang Tanih dan Formasi Tanih
-          Kaitan dengan luluhawa mekanikal dan kimia dan hsilnya
-          Pembentykan tanih dan komposisinya
-          Lapisan tanih dan profil tanih
-          Jenis-jenis lapisan tanih serta faktor pembentukan

Pengenalan tentang hakisan (erosion) pada pembentukan sedimen
-          Angkutan sedimen dan prosesnya
-          Proses tarikan dan proses kejadian berlaku
-          Jenis-jenis ampaian dan perubahan sedimen
-          Pembentukan tekstur sediment dan jenisnya
-          Tekstur sediment  dan formula digunakan\
-          Analisa saiz sedimen dan peralatan digunakan dalam proses penapisan sedimen
-          Taburan analisis saiz dan kaedah digunakan
-          Apa itu kaedah lengkung frekuensi kumulatif dan petunjuk graf serta kepentingannya dalam ujikaji

     Kuliah, Ujian, Kuiz , Tugasan, Final Exm. dan Amali,







Kod Matapelajaran : C0002
Matapelajaran          : Kimia
Nama Pensyarah    : Prof. Dr Abdul Rahim Yacob







Sinopsis :


                    Kursus ini adalah gabungan subjek kimia utama iaitu asas kimia inorganic, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organic. Asas kimia inorganic & analisis merangkumi tajuk berkaitan struktur atom, siri spectrum, teori atom Bohr dan ikatan kimia. Manakala asas fizik kimia pula merangkumi tajuk berkaitan keadaan gas, teori kinetik gas dan keadaan pepejal. Asas kimia organic pula meliputi pengenalan asas sebatian organic, ikatan, formula struktur dan keinsomeran.



Jam pertemuan/topik pembelajaran


Pertemuan kelas
Masa
Topik Pembelajaran
5 X
24 jam
-          Pengenalan subjek
-          Apa itu Good lab Practic
-          Pentingnya Mewujudkan makamal terbaik dan selamat
-          Apa yang adal dalm GLP
-          Jaminan kualiti dalam Quality assurance prog.
-          Kaitan tetnta GLP mesti ada Facilites, Equipment, SOP, Report, Storage, Pengujian perlu disediakan.
-          Pengenalan tentang OSHA
-          Scope OSHA 1994 dan pernana kepada pekerja
-          Objektifnya dalam memastikn pekerja selamat
-          Risiko kemalangan, dimana, bagaimana dan bagaimana
-          Bagaimana membuat laporan dan borang berkaitan
-          Duty of employers di tempat kerja
-          Tayangan Video
-          Pengenalan tentang Laboratory design safeaty and ventilation
-          Pengurusan makmal dan keselamatan makmal
-          Type of instruments and analysis
-          Pengenalan tentang safety aids di makmal
-          Simbol bahan kima dan maksudnya
-          Pengenalan tentang QMS (Quality management System
-          Mewujudkan good Lab pratcie GLP di makamal masing-masing bagi menjadikan makamal terbaik
-          Apa itu GLP. CS, IA,MMProses, MMProduct, CNProduct, Analysis Data,Improvmtent, Prev Actn
-          Elements penting dalam QMS
-          Penerangan tentang ISO, apa itu ISO 9000, ISO/IEC 17025
-          Apa itu element dalam IS) 17025 Laboratory Accredition
-          Bahagikan kumpulan dan memberikan tugas berkitan yang diberi
-          Melakukan kerja-kerja 5S dan HIRARC di makmal ujikaji sains1
-          Mengemas makmal dan melabel
-          Petang membuat presentation dan audit kumpulan pada setiap makmal
-          Ketua setiap kumpulan yang terlibtat dilantik sebagai aduit dalam amali ini.
        Kuliah, Ujian, Kuiz , Tugasan, Final Exm. dan Amali,





Kod Matapelajran  : B0002
Matapelajaran         : Biologi


Nama Pensyarah   : Dr. Alina Wagiran










Nama Pensyarah   :Dr. Fadzilah Manan








Sinopsis :


          Mendedahkan perkara berkaitan pengetahuan biologi asas. Ianya bertujuan memaksimumkan pemahaman dalam tajuk-tajuk biologi antaranya ialah genetic populasi, fotosintesis dan respirasi.Antara tajuk-tajuk lai adalah berkaitan pengkhususan dan perkembangan sel,genetic perwarisan dan molecular.


Jam pertemuan/topik pembelajaran

Pertemuan
Masa
Topik Pembelajaran
4 X
18 jam
-          Pengenalan tentang Apa itu Mikrobiologi
-          Ciri-ciri microorganisma hidup dan kebaikanya
-          Klasifikasi mikroorganisma, prokariot, eukariot dan arkea
-          Jenis-jenis bakteria – apa itu gram positif dan gram negetif
-          Peringkat Pertumbuhan bakteria – fasa lag, log stationary dan mati
-          Apa itu fungi dan bahasa saintifiknya
-          Contoh –contoh fungi
-          Arkea, DNA dinding sel dan contoh-contohnya
-          Alg Hijau diklsifikasinya serta contohnya
-          Jenisjenis Fungi – saprobic, parasitic dan symbiotic
-          Tayangan movie
-          Pembiakan bakteria dan jenisnya
-          Jenis haiwan selular
-          Apa itu protozoa, alga biru hijau strukturnya
-          Tumbuhan microorganisma
-          Mikroorganisma multiselular
-          Jeni-jenis arkea
-          Teknik kuluran secara steril
-          Teknik Aspetik umum
-          Teknik pewarnaan
-          Teknik pewarnaa mudah dan pembezaan
-          Gram Stain
-          Pengurusan dan pelupusan bahan kultur
          Kuliah, Ujian, Kuiz , Tugasan, Final Exm. dan   
          Amali,





Kod Matapelajran   : P0002
Matapelajran            : Fizik
Nama Pensyarah   : PM Dr. Karim bin Deraman








Sinopsis :

                 Memperkenalkan ilmu fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, symbol dan unit SL. Di samping itu, ia juga menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga.


Jam pertemuan/topik pembelajaran

Tarikh
Masa
Topik Pembelajaran
4  X
20 jam
-          Pengenalan tentang kajian gerkan dan daya
-          Apa itu Kinematiks dan kaitan dalam kehidupan kita
-          Maksud kedudukan dan sesaran
-          Maksud Laju dan formulanya V – Jarak (x ) bahagi Masa ( t )
-          Maksud halaju purata dan formulanya V – Jumah Jarak (x) bahagi jumah masa (t)
-          Maksud pecutan dan formulanya A – halaju bahagi masa
-          Buat latihan dalam kelas
-          Pengenalan tentang Hukum Newton dalam gerakan dan Daya
-          Maksud dan sejarah Newton
-          Pecahan mekanik – Knematik dan Kinetik
-          Makusud Inertia, Jisism dan daya (pegun,rehat kelajuan malar)
-          Jenis hukum newton (HN1, HN2 dan HN3)
-          Apa maksud hukum HN1 dan fromulanya dan contohnya (LDK)
-          Apa maksud hukum HN2 dan fromulanya dan contohnya (LDK)
-          Apa maksud hukum HN3 dan fromulanya dan contohnya (LDK)
-          Konsep momentum dan formulanya (LDK)
-          Prinsip keabadian momentum dn formulanya (LDK)
-          Kerja (W) dan formulnya(LDK)
-          Tenaga kinetik dan formulanya (LDK)
-          Gravitational potential energy dan formulanya (LDK)
-          Hidrostatik dan formulanya (LDK)
-          Suhu, alat mengukur suhu
-          Haba, ukuran haba, aliran haba, pengaliran peolakan dan sinaran
-          Radioactivity, Atom
           Kuliah, Ujian, Kuiz , Tugasan, Final Exm. dan Amali